Sinopsis Sebuah kisah tragis seorang ibu bernama Aton yang cuba menghalang peristiwa serupa yang menimpa dirinya daripada terjadi kepada anak perempuannya, Mas Ayu. Mas Ayu adalah anak luar nikah hasil hubungan sulit Aton dengan Agus, seorang pemuda misteri yang pernah muncul dalam hidup Aton. Mas Ayu, seorang pramugari dan berkawan dengan ramai lelaki tetapi seorang demi seorang lelaki yang didampinginya menemui ajal secara misteri, sama seperti Pak Dek dan Dollah yang juga mati kerana Aton. Aton berusaha mengubati Mas Ayu menggunakan ubat kampung. Dalam masa yang sama Mas Ayu mencintai dua orang adik-beradik iaitu Imran dan Jalil. Mas Ayu terperangkap lalu berkahwin dengan Jalil, adik Imran. Di hari perkahwinan mereka, Aton sedar yang Mas Ayu sebenarnya lebih mencintai Imran dari Jalil sama seperti dirinya dulu yang lebih mencintai Agus, bukan Dollah. Peristiwa malang dua beranak ini tidaklah kita tahu sama ada kerana suratan takdir, kebetulan, keturunan atau sumpahan. |
No comments:
Post a Comment